Sunday, 26 February 2012

"Yes" to Nuclear Power from a Citizen of Malaysia

  
The achievement in meeting justifiable public concerns has provided the foundation by prompting governments in countries representing the predominance of world population and economic activity to consider a wider exploitation of the benefits of nuclear energy. One of the benefits of nuclear energy is that it can bring positive impact to the national with its price stability and security of energy supply in that country. Not only that, nuclear energy is environmental friendly in which this energy contributes near-zero greenhouse gas emissions.

Without the backing from the citizens or political support from the government, utilizing nuclear energy in power industry is certainly impossible to achieve. Therefore, it is vital to have the support from both sides to realize our nation's dream to make Malaysia an industrialized and developed country in 2020.


Nuclear Power Lobby


The letter below entitled "Bangunkan Sumber Tenaga Nuklear" is taken from Utusan Malaysia dated 23rd April 2009.


SAYA amat tertarik dengan surat Pencinta Alam di ruangan ini pada 13 April lalu tentang pentingnya negara kita memikirkan untuk mula beralih kepada teknologi yang lebih canggih iaitu tenaga nuklear, dalam usaha negara meningkatkan pengeluaran tenaga terutamanya tenaga elektrik pada masa hadapan.
 

Umum mengetahui dan menjangkakan segala apa yang ada di dalam bumi seperti minyak dan gas yang kita ada sekarang lama kelamaan akan kering jika sentiasa disedut sama ada bagi keperluan tempatan atau eksport.
 

Oleh itu, seperti kata Pencinta Alam, masanya sudah tiba bagi kerajaan mula menimbang kemungkinan beralih kepada teknologi nuklear sebagai sumber tenaga alternatif yang lebih murah, bersih dan berpanjangan.
 

Adalah tidak masuk akal sekiranya kita menanti segala sumber yang ada hampir kehabisan baru kita mula mencari sumber tenaga yang baru.
 

Dari aspek ini nampaknya negara sahabat seperti Indonesia, Thailand dan juga Vietnam nampak seperti lebih ke hadapan dan berpandangan jauh berbanding dengan kita.
 

Indonesia dan Thailand dikatakan telah mengorak langkah kearah penggunaan teknologi nuklear dengan masing-masing bercadang memulakan pembinaan logi nuklear mereka dalam masa terdekat dan akan beroperasi secara komersil sebelum tahun 2020.
 

Begitu juga Vietnam yang menurut laporan akan memulakan pembinaan pada tahun 2015 dan dijangka mula beroperasi sekitar 2020 juga.
 

Memandangkan senario ini, negara kita sudah pasti akan jauh ketinggalan dari segi penggunaan tenaga yang lebih murah dan bersih sekiranya kita tidak mula merancang dari sekarang.
 

Difahamkan sesebuah loji nuklear hanya boleh diwujudkan sekitar 10 hingga 15 tahun selepas perancangan mula dibuat kerana memerlukan kajian yang amat teliti dan menyeluruh.
 

Saya yakin negara kita mempunyai cukup tenaga pakar yang berpengalaman dan berwibawa untuk melaksanakan tugas tersebut.
 

Umpamanya Agensi Nuklear Malaysia bukanlah satu badan baru, bahkan telah diwujudkan sejak tahun 1972 lagi dengan nama Centre for Application of Nuclear Malaysia atau CRANE, dan kemudian dikenali pula sebagai Tun Ismail Atomic Research Centre (PUSPATI).
 

Pada hemat saya kewujudan badan ini tidak mencapai hasrat yang diinginkan kerana kerajaan tidak begitu serius ingin memperkenalkan teknologi nuklear, mungkin kerana bantahan segolongan rakyat.
 

Saya rasa ada baiknya kita memikirkan semula alternatif ini sebelum masalah seperti kenaikan harga minyak dan lain-lain berlaku lagi yang sudah pasti menjejaskan ekonomi rakyat yang memang sudah tersepit sekarang akibat krisis ekonomi global.
 

Dari,
SOKONG PEMBAHARUAN, Shah Alam, Selangor.

No comments:

Post a Comment